20140108

Welcome to our Family =)

             Ok dah masuk tahun 2014 dah pun. Bye 2013. Haha. It is quite late for me to wish Happy New Year tapi takpe lah nak cakap jugak HAPPY NEW YEAR sebab waktu 1 January hari tu malas nak tulis entry jadi sampai la sekarang waktu jari jemari rajin untuk menari-nari di atas keyboard. Tudiaaaa mukaddimah dia. hahaa.


              Ok sekarang ni waktu kerja tapi dengan jaya nya aku telah mengupdate blog. Maaf ya Cik Puan Bos. Eh puan ke ? Ntah la. Maaf bos !


              Tahun 2014 aku ni setakat ni bermula dengan baik. Masih dalam keadaan terkawal. Awal-awal tahun lagi dapat call panggil kerja kat Klang. Oh dengan penuh yakinnya aku menolak tawaran tersebut yang pada orang lain merugikan sama macam yang dekat Kota Damansara hujung Disember lepas. Oh takpe rezeki Allah ada kat mana-mana. Mungkin tolak yang tu datang lagi yang lain =)


                 Sebenarnya bukan apa, aku dah macam selesa siket kerja dekat tempat sekarang. Dekat dengan rumah, BOS BAIK, segala-galanya lah best. Nampak tak siap caps lock lagi cakap bos baik. Dah memang dia baik pun. hehe. Bukan mengampu ye kerana memang tidak terselit pun sebarang unsur-unsur mengampu ketika ini. Baik di sini mahupun di dalam hati ;)


                 One more thing is tahun ni dapat baby baru lagi. Bukan baby aku tapi baby kakak aku  dengan kata lain anak sedara aku la yang menambahkan lagi kuantiti cucu-cucu Pak Mat menjadi 11. Ambik kau kuantiti terus aku kasi. Baby aku coming soon. Suatu masa yang akan datang yang aku pun tak pasti bila tarikhnya. Allah saja yang tahu. Comel sangat baby tu. Dah nama baby kan mestilah comel. Kalau tak comel tak baby la tuh. hehe.

             
                    Setakat hari ni baby tu still takde name lagi. Ye la baru 2 hari lahir. Kita tunggu nanti nama ape akak nak letak kat baby baru dia tu. Lupa tadi nak cakap kan. Baby baru ni gegirl. hehe.

Ni pic masa umur dia tak sampai sehari pun lagi.

Yang ni pic malam semalam. 

Actually last year pun dapat anak sedara baru jugak. Hehe. Anak abang yang no 3. Pun perempuan jugak. Comel jugak. Yang tu aku ada kat KL waktu kakak ipar deliver. Jadi sempat lah tengok baby waktu baru lahir. Yang tu abang dengan kakak ipar namakan dia DAMIA UMAIRAH. Sekarang dah masuk 7 bulan kot. Ntah la aku tak pasti.

ni pic Damia yang dah beberapa bulan. Gambar time baby aku takde simpan





No comments:

Post a Comment