20140126

You are so annoying =|

Assalamualaikum...

          Hai. Hahaa. Elok-elok dah kat atas tu bagi salam tetiba Hai pulak. Haha. Ape-ape aje lah ye. Yang penting tangan tengah rajin nak menari nak curhat. hehe. Entry ni sepatutnya aku tulis last week which is hari KHAMIS, 23 JANUARI 2014. Nampak tak kat situ aku capslock lagi. Saje nak highlight siket tarikh tu. Kasi ingat sampai mati ape yang dah jadi pada tarikh tu.

           Ok sebelum cerita panjang-panjang Aku nak highlight jugak 22 JANUARI jugak merupakan tarikh di mana cukup nya sebulan aku berkhidmat dengan TDL. Seperti kata orang-orang tua jugak la kan kusangka kan panas hingga ke petang rupa-rupanya hujan di tengah jalan. Tapi aku ni baru nak jalan je rase nya tapi dah hujan dah. Hujan ribut petir segala serba mak nenek.

             As I mentioned before 23 Januari which is selepas sebulan kerja aku dah di duga. Dugaan ke ek ? Kira dugaan jugak la. Dugaan menghadapi orang yang dah buat Aku jadi kelam kabut, hura-hara sampai gugur air mata mahal aku ni. Haha. Sebelum ni waktu belajar dulu kalau stress ke ape cerita dekat mak melalui hp je tapi kali ni cerita live. Face to face. Dia macam ekstrem siket tu yang menangis siap tu. Tapi tak over sangat ok Aku nangis. Cuma lap lap air mata macam tu je k. Haha. Ayat cover.

              Hari tu memang aku stress  sangat. Selepas sebulan keje tu kira first time la aku rase stress nya kerja. Rasa bengang dan macam-macam rasa lagi lah. Memang selepas hari tu mood kegembiraan aku untuk kerja habis. Aku ulang ya HABIS PUDAR macam kotoran dalam  iklan sabun pencuci kat tv tu ha. Kalau sebelum ni setiap hari aku rasa sangat bersemangat nak datang kerja walaupun ada jugak anasir-anasir yang buat aku menyampah.

                 Tapi macam kata Kak Lah, Mak dan yang lain-lain jugak lah aku ni jenis suka nak jaga perasaan orang lain dari kepentingan diri aku sendiri sebagai contoh walaupun betapa banyak nya rasa annoying terhadap dia aku tetap biarkan je dia. Kalau ikut mak, kak ja and kak lah diorang suruh aku cakap je boleh pergi main jauh- jauh siket tak. Saya rimas tapi aku ni hurmmm macam tu lah susah siket nak cakap benda tu .
                  Ok sambung balik cerita hari Khamis hari tu. Apa yang jadi adalah bila aku cakap dia tak nak dengar lepas tu siap tinggikan suara lagi kat aku deny yang aku dah bagi arahan yang betul kat dia. Kes nya adalah kami tertinggal beberapa helai tudung untuk di hantar kepada customer. Bila dah jadi macam tu of course la jadi tanggungjawab aku kan. Aku tahu bos memang macam bengans siket sebab kalau aku kat tempat dia pun aku akan rasa nak marah tapi as she said before la kan yang dia tu bukan jenis yang suka nak marah orang sebab dia pun tak suka orang marah dia.

                Ok waktu aku dah cakap awal-awal jangan call skynet sebelum barang siap packing. Aku memang ingat gila-gila yang aku ada mention dua kali supaya jangan call orang skynet sebelum barang siap packing tapi dia pegi gatal pulak call orang skynet. After 10 minutes orang tu sampai and guess what waktu tu memang barang tak siap packing lagi. Bila aku cakap dia duk sibuk nak cakap. Lepas tu mula la nak ulang-ulang. Aku dengan lurus nya ingat dia faham la instruction yang aku cakap.

                     Dah la waktu tu aku ni dengan tengah pakai telekung separuh siap dia boleh kasi orang skynet tu masuk dalam. Faham tak aurat aku waktu tu tak tutup sempurna lagi. Ok aku memang bukan baik sangat kan and bukan lah alim sangat tapi takkan la dia tak boleh faham benda simple. dah tengok aku tak tutup elok rambut aku dia boleh suruh orang tu masuk. Malu kot. ye la dengan pakai telekung berjalan ke hulu ke hilir dalam office ni nak siapkan rder untuk kasi orang tu.

                     Huh bila ingat balik memang aku tak boleh nak pandang muka dia and I bet you will not understand what I feel. Betapa bengang dan meluat nya aku dengan dia and at this time aku tahu dia memang nak sangat tahu apa yang aku tengah tulis dalam entry ni. Sebab apa aku cakap macam tu sebab dia tak habis-habis dengan habit dia yang suka duduk menempel kat belakang aku setiap kali aku di depan laptop or pc. Please mind your own business dear.

                          Tapi tu lah aku kan tak mampu nak cakap yang aku memang rimas dan tak suka bila dia asyik datang menempel kat belakang aku. Suka sangat nak tengok ape aku buat. Yang paling obvious boleh pulak sesuka hati pegi main candy crush kat laptop aku. Adakah dia tahu bahawasanya aku memang tak rela orang sesuka hati main laptop aku except all my family and the sisters. Kalau dengan diorang aku memang tak kisah tapi dengan orang lain memang aku sangat kisah sebab laptop aku tu adalah tergolong dalam harta private aku yang memang tahap privacy dia tinggi walaupun mungkin pada orang lain takde ape-ape dalam tu.

                   Ah kalau tulis panjang-panjang pun memang takkan habis nak tulis cerita pasal dia and I bet sekarang ni dia memang tengah tunggu aku bangun dari kerusi ni sebab aku sangat tahu yang dia nak guna pc. Aku saja tak bawak laptop hari ni atas nasihat mak and may sisters. Bia lah kan memang aku ada hak pun untuk pakai pc ni as in aku ni bahagian admin kan. Aku rasa setakat ni je lah entry kali ni. dah panjang naw naw dah ni. Kbai =)

No comments:

Post a Comment