Macam mana aku nak start pun aku tak tahu. Tapi sesungguhnya kali ni memang aku rasa ke tahap maksimum dah ni. Yes aku mengaku memang salah aku. Aku yang mulakan dulu. Aku yang bersalah. At first memang aku fikir kau buat macam tu atas sebab sebab tertentu. Tapi bila dah berulang berulang aku rasa macam maruah aku di pijak-pijak pulak.
Ok aku pun ada perasaan jugak k. Ingat aku chill macam ni je aku takde perasaan ke. Ok fine ! Hari ni mungkin kau rasa senang hati. Kau rasa selesa. Kau rasa bangga dengan apa yang kau ada. Kau rasa diri kau hebat. Kau rasa diri kau dihargai. Tapi kau harus ingat pasir di pantai pun boleh berubah. Batu pun boleh terbelah kalau hari-hari di titiskan air inikan pulak manusia macam aku ni.
Hati aku kali ni memang berubah 360 degree. Aku dah mati rasa. Memang aku ni tak sempurna macam orang lain. Memang aku ni tak hebat macam orang lain. Memang aku ni tak bijak macam orang lain tapi aku tak la bodoh sangat. Mungkin aku pernah buat perkara bodoh. Tapi sekarang aku sedar semua tu. Salah aku kerana memperbodohkan diri.
Yes kau boleh cakap yang aku ni tak profesional. Tulis semua ni. Lantak kau lah. Aku dah penat jadi profesional. Penat berpura-pura. Penat buat tak tahu je. Aku bukan macam kau yang memang tak de perasaan. Aku memang macam kau yang boleh kaku kan diri macam tu. Dan benarlah kata orang terlajak perahu boleh di undur. Terlajak kata buruk padah nya. Yang pastinya kau tu memang RORAIMA !
Tulis panjang pun tak guna sebab kau memang macam tu. Aku doakan kau hidup bahagia. Kepada sesiapa sahaja yang membaca pesanan dari penaja kalau ingin membuat sesuatu keputusan fikir lah dulu dengan sebaik-baiknya. Fikirlah dahulu dengan semasak-masak nya dan janganlah terlalu menurut kata hati sebulat-bulatnya serta janganlah di ikut nafsu yang terlalu inginkan sesuatu seperti orang lain. Fikir dahulu sebelum bertindak.
No comments:
Post a Comment