20130917

Kosong.



Jarum jam terus berdetik tanpa mengira penat atau lelah. Langsung tiada rasa ingin berhenti. Terus berdetik dan berdetik. Waktu terus menginjak dari saat bertukar minit dan jam seterusnya bertukar ke hari yang lain merubah tarikh dan ketika. Sungguh pun jam di dinding kehabisan bateri waktu itu tetap akan bergerak dan tidak akn pernah menunggu sesiapapun termasuk aku.


Hari terus berlalu menambahkan lagi usia ini. Namun diri tak pernah nak sedar. Tak pernah nak sedar. Saban hari mengharap kan peluang demi peluang agar terus sentiasa terhidang di depan mata. Keseronokan duniawi terus di kejar dengan rakus. Diri semakin hari semakin lalai. Semakin jauh dari garis lurus bergerak dari setiap titik ke titik yang lain merubah titik kordinat yang asal.


Dunia terus dikejar tanpa sedikit pun erti penat. Mengejar tanpa pernah rasa jemu dan puas. Apa yang di cari pun tidak tahu. Sungguh aku hanyut dengan semua ini. Hilang pegangan diri sendiri seolah olah menyalahkan sesuatu kerana menguasai diri. Janji demi janji ditabur tanpa ditunaikan dengan penuh rasa tidak bersalah.


Detik hati sentiasa datang. Naluri juga tidak pernah hilang begitu juga rasa namun diri sendiri tidak pernah berusah untuk bertindak. Sentiasa alpa dalam mengambil langkah. Mata terus di butakan dari melihat setiap paluang yang datang. Persoalan yang sama datang menjengah dari hari ke hari.


Masih adakah peluang untuk aku ?


Oh sungguh LOOSER ! USELESS !



No comments:

Post a Comment