Hari ni 7 Syawal. Betul la kot rasenya kalau mengikut perkiraan aku. Masih lagi dalam tempoh berkabung. Mogok bercakap. Hahaa. Berkabung la sangat. Ye ye je aku ni mogok bercakap. Sejak bila ? Sejak aku mula menanam ulser di tepi bibir. *sila bayangkan aku sedang menaip entry sambil menutup mulut dengan serapatnya*
Ulser ! Tahu tak ape bende tu ? Kalau tak tahu mohon google untuk mendapatkan pencerahan. hehe.
Ni dia rupe ulser tu. Bukan mulut aku k. Mulut sape aku tak tahu. Aku amik dari google. yucksss. Geli. hahaha |
Aku sebenarnya tak tahu sangat mcm mane nak jelas kan ulser ni. Tunggu aku tukau kos amik Medik ke Dental ke nanti aku hurai panjang-panjang ye, ape itu ulser. hehe. Kalau kat tempat aku atau mungkin family aku je, kitorang panggil ulser ni "nnepuh mulut". *sila pronounce betul-betul ye nnepuh mulut*. Ade certain tu dia panggil ulser ni mata ikan. Kat Perlis dulu aku sebut nnepuh mulut sakan depa dok gelak kat aku. Kuajqqq!. Kalau korang ikut suke lah nak panggil ape pon.
Ulser-ulser ni semua macam berjanji pulak. Sampai lima tempat diorang bertenggek kat tepi bibir kiri aku ni. Tak pasal-pasal bibir mak ni jadi gojess macam si Jolie tu. hikhokk. Ulser ni kalau dalam family aku macam benda biase je sebab boleh kate semua selalu kena. Mak, Along, Akak, Adik selalu je kena ulser. Even Asuana pon cakap aku selalu kena Ulser. Dia tak la pulak. Mungkin keturunan agaknya. Belah mak kot sebab Ayah aku rase tak pernah or jarang kot kena ulser ni. Mak yg selalu kena.
Nak cerita pasal sakit dia tu tak yah cakap la tapi takde la setanding sakitnya mati. Macam pernah mati pulak aku ni. Takde la kan org cakap sakit mati tu antara sakit yang paling sakit. Tapi kalau nak bandingkan sakit gigi dengan ulser tu aku rela kena ulser lagi kot dari sakit gigi sbb kalau sakit gigi rase dia macam nak tampar orang je. Bila kena ulser ni makan tu memang tak lalu sangat la. Nak bercakap pun susah jugak. Terpaksa la aku pandang dengan hujung mata je Petai muda tu ha. Nak makan tak bulih. Paberet aku kot petai tu! Petai muda bukan petai jeruk. hehee.
Ade orang cakap petua nak hilang ulser ni letak garam kat tempat ulser tu. OMG! OMG! OMG! Memang aku tak pernah cube lagi kaedah tu sebab dah sedia maklum nya pedih yang amat. Nak minum air pun pedih ni kan nak letak garam. Selalu nya aku letak bonjela je. Tapi takde la pulak sekarang ni.
Ni dia rupe Bonjela tu. |
Kat sini ade tips siket untuk elakkan ulser ye anak-anak :
- Minum air masak yang cukup. Sekurang-kurangnya 8 gelas sehari.
- Rehat dan tidur yang cukup.
- Amalkan penjagaan gigi dam mulut.
- Makan makanan yang berkhasiat yang mengandungi vitamin B kompleks dan vitamin C.
Sekian =)
No comments:
Post a Comment