Alhamdulillah masih di beri peluang untuk terus bernafas
hingga ke hari ini. Masih diberi kesempatan untuk menunaikan ibadah puasa
Ramadhan untuk tahun ini dan macam tak terlambat lagi kot untuk aku ucap
SELAMAT HARI RAYA. Entry ni sebenarnya dia pending siket sebab tu baru publish
walaupun hari ni dah masuk hari ke5 RAYA. Maklum lah jalan jam. Hehe. Takde kaitan lansungggg !
Alhamdulillah masih
berpeluang lagi untuk sambut RAYA dengan family walaupun feel dia lain siket.
Ye la tahun ni 30 hari puasa aku kat rumah je. Kalau tahun sebelum-sebelum
puasa banyak di habiskan di perantauan. Hikhokkk!. Perantauan la sangat kan.
Tahun ni raya macam meriah siket dari tahun sebelum-sebelumnya. Kot. Tahun ni
Along balik. Abe Loh dengan Kak Ju pun balik. Ngah balik petang raya. Kira tak
suram sangat la rumah ni.
Raya tahun ni aku buat sendiri kot biskut. Buat dengan Alia
si anak sedara. Sedap kot. Hehe. Riak ! Astagfirullahalazim tak bagus betul dia
ni. Raya tahun ni aku rasa RAYA yang paling banyak siket aku berjalan. Tak la
banyak pun. Dua rumah je tapi jarak yang di lalui di campur dengan traffic jam
tu yang menjadikan dia tu lama. Hehe. Kalau tak dekat je sebenarnya. Kot.
Raya pertama pagi tu pergi ziarah rumah sepupu-sepupu mak.
Petang tu pulak macam biasa la pergi rumah Tok Chek. Atuk belah ayah.
Satu-satunya atuk yang masih ada. Belah mak dua-dua dah meninggal. Baik atuk
mahupun nenek. Yang ni yang memang wajib buat setiap tahun. Tapi yang nak
cerita ni pulak yang tak pernah buat lagi. Hehe. Ketaq lutut baq ang. Hahaa. Ni
cerita raya kedua punya.
Raya kedua tu pergi open house rumah Pakcik Li so called PakLong la. Belah mak. Tapi bukan
yang ni yang luar biasanya. Lambat pulak cerita luar biasa tu nak keluar kan.
Sabar. Nak dijadikan cerita tengah hari tu ade mesej masuk kat Hp. No tak di
kenali. Eh? Hehe. Kenal je sebenarnya tapi ade perkara yang berlaku menjadikan
nombor itu tidak tersave. MaafMaaf. Saya dah save elokelok dah no kamu ! Dia
mesej ajak datang rumah dia. Macam biase la raya. Aku mcm familiar no tu tapi macam
biasa la bukannnya aku ingat nombor orang ni.
Tapi aku tak terus reply masej tu. Hehe. Aku agak nombor tu
macam milik budakbudak group L tapi…. Hurm. So, macam biasa la kan aku pun
mesej la phonebook tambahan aku which is Mun, Ana and Baha. Hehe. Lambat pulak
diorang nak reply tu. Waktu kat rumah PakCik tu dalam pukul dua kot aku dengan
sendiri nya mereply mesej itu. Dengan sendiri la sangat kan. Salahkan jari
sebab dia yang reply kan. Hahaa.
Aku reply je cakap tak dapat nak datang sebab nak pergi Pasir
Mas. Rumah tok sedara belah mak. Yela sebab time kat rumah tu dok cakapcakap
nak pergi pasir mas lepas balik rumah pakcik. Tappp. Ana dengan Mun reply mesej
cakap sang pemilik no misteri tu adalah……….. JengJengJeng.
Mesej punya mesej dengan Ana dia ckp En Nerd dia datang rumah
dia dengan Baha dan Abe. Alang-alang dah datang tu aku ajak la diorang datang
rumah aku walaupun aku sebenarnya tak sampai rumah pon lagi. Haha. Tiba-tiba
ana call cakap nak datang pick up aku pergi ke rumah si misteri tu tadi. OMG!
OMG! OMG! Aku sebenarnya bukan ape. Ok je kalau nak pergi rumah dia tu ha. Tapi
yang buat aku rase tak best sebab tadi elok-elok dah aku mesej ckp tak dapat
datang tibe nnti tup tercacak pulak aku kat rumah dia. Nanti tak pasal-pasal
pulak dalam hati dia nnti cakap gigih pulak perempuan ni tadi cakap nak pergi
rumah sedara tibe-tibe datang rumah dia pulak. MaafMaaf. Puan Hati aku ni suka
siket buat fitnah. Fikir bukan-bukan ni memang hobi dia.
Jauh jugak rumah si misteri tu dari rumah aku plus jam pulak
tu. Agak dalam kampong jugak la rumah dia tapi sesuai la untuk yang jenis tak
suka bisisng-bising. Mak dia Nampak macam sporting je aku tengok. Boleh
bergurau-gurau pulak. Adik perempuan dia pun ramah aje. Sempat la sembang kejap
time teman adik Ana sembahyang kat bilik adik dia tu. Ade la keluar
cerita-cerita yang aku tak pernah tahu sebelum ni. Hehee…
Raya ketiga pulak pergi rumah Epi kat Pasir Mas. Lebih
spesifik lagi dia kata rumah dia kat Kampung Mengkasar. Tapi aku rase tempat tu
orang panggil Tal Tujuh. Ntah la. Ape-ape ajelah. Banyak umi dia masak. Ade
tiga jenis masakan yang berbeza. Semuanya ayam. Sedap tapi pedas siket untuk
aku yang memang tak makan pedas ni. Salah satu nasi yang Umi dia buat tu aku
memang tak pernah makan lagi. Dia panggil nasi Bombay. Rasenye la. Sedap.
Lame la jugak lepak rumah dia tu. Memandangkan aku Ana dengan
adik Ana je perempuan kami lepak dalam rumah je la dengan Umi dia. Yang
lelaki-lelaki lain lepak kat luar. Banyak jugak benda yang sebelum ni tak tahu
dah jadi tahu. Banyak benda yang Umi dia cerita tu yang buat aku tersedar.
Kembali ke dunia nyata. Bertuah sungguh Umi dia. Sejuk perut mengandung orang
kata. Aku harap anak-anak aku nanti macam tu jugak. Kalau nanti kawen dengan
tettt kalau ikut perangai dia mungkin baik la kot anak-anak Ibu nnti. Hikhokkk.
Berangan !
Ade sesuatu yang scarry jugak sebenarnya sebelum sampai rumah
Luthfi tu ha. Yang menjemput aku kat rumah tu adalah Si Misteri tu lahh. Guess
what? I am the only girl in that car with 4 other boys. Oh seram. Baha Tanya ok
tak if aku duduk seat depan dengan si driver tu ha. Takkan nak cakap tak kot.
Lagi ok aku rase daripada dduk seat belakang tu. Awal-awal tu macam ok la.
Masih boleh di kawal. Tapi…..
Satu-satunya gambar yang ade. Di snap oleh Ana waktu kat rumah.............. |
Banyak ni bende nak cerita tapi tangan dah malas nak menaip.
Setakat ni jela kot. Sekian.
No comments:
Post a Comment