20130703

Part Time Job...



Hai semua.(biase la nak menulis mesti la kena bajet ramai orang yang bace baru best kan)

Hurm. Part time job ye. Seperti semua orang tahu aku sekarang dah jadi full time housewife merangkap penanam anggur sejati. Since balik dari KL hari tu aku memang tak apply kerja lagi. Tak tahu la kenapa malas sangat diri ni nak apply kerja walaupun sememangnya MALAS tu adalah sifat sejati aku. heheee.


Since aku memang duduk rumah tak buat ape sebenarnya aku ade job jugak taw. Sape kate aku duduk goyang kaki je. hehe. Ayat tadi mungkin agak pelik siket tapi abaikan jela. Harap faham ape yang aku nak sampaikan. Ha ni nak cerita ni pasal part time job yang aku cakap tadi tu. Sebenarnya bukan lah part time mane pun. Lebih kepada menolong dan sememangnya memang tolong pun. Saje nak kasi up siket tulis part time job.


Part time job dengan sape ?


Hurm biase la siapa lagi majikannya kalau bukan Puan Mother. Majikan tetap tu. hehe. Actually aku tolong mak aku bungkus tapai je pun. Tu pun sekali seminggu je sebenarnya untuk memenuhi kehendak pelanggan. hehe. Memang setiap hari rabu mak aku akan buat tapai tu untuk regular customer dia. Tak banyak pun. Dalam 2ratus macam tu je. Orang tu memang tiap-tiap minggu tempah untuk dia jual kat pasar minggu hari Jumaat tu.


Ade ke yang tak kenal ape itu TAPAI ni ?


Tapai ni sebenarnya beras pulut yang di kukus dan di gaul dengan ragi. Kalau ikut tradisi orang bungkus dia dengan daun getah tapi ade je certain tu dia bungkus dengan daun pisang. Hurm tapi sekarang ni banyak orang pakai bekas je. Bekas plastik yang jernih tu. Ye la zaman sekarang ni susah nak cari daun getah walaupun kat kawasan rumah aku ni banyak je lagi. hehee. And mungkin jugak mereka yang guna bekas tu malas nak cari daun getah tu. Ye la nak kena masuk hutan siket nak cari daun getah tu plus nyamuk pulak tu.


Ni nak tunjuk rupe mane tapai kalau ade yang tak kenal.

Yang ni yang belum bungkus lagi. Tutup dengan daun tu sebab tak nak bagi pulut tu kering kena angin kipas

Yang ni pulak daun getah untuk bungkus tapai tu. Aku agak semua orang kenal kot.

Ni la rupanya tapai yang dah siap bungkus tu. Yang dalam besen tu jumlah dia 100 setiap satu

Yang ni pulak lidi yang dah di potong untuk di cucuk dekat daun getah tu tadi tak nak kasi tapai tu terburai


Tu je sebenarnya nak cerita. hehe. Takde part time job ape pun. Memang masih menanam anggur kat rumah je aku ni.



No comments:

Post a Comment