20130626

MELEPASKAN PART III

Assalamualaikum…

Bismillahirrahmannirrahim… InsyaAllah betul kot ejaan rumi dia tu. Lame tak menulis ye. Sebenar nya banyak je yang nak di tulis dan dah ditulis sebagai draft tapi nak post tu tak terpost. Ate sebab nya adalah tak lain tak bukan adalah. Jeng.Jeng. Jeng. Hehe.Kasi suspen sket.Takde la internet taklaju.Tu yang tak menulis sangat tu.

Melepaskan part 3. Part 3 ye. Takde angin takde ribut dah masuk part 3 dah. Scroll la cari entry lame-lame kalau le jumpe part 1 dan part 2 tu.Komfirm memang takkan jumpe. Hehe.Cakap macam banyak je entry ade. Haha.Cakap banyak la pulakkan.

PERHATIAN ! INI ADALAH MERUPAKAN ENTRY BERANGKAI!!!

Hahaaa.Takde berangkai mane pun.Sebenarnya entry ni nak tulis waktu tulis entry Merindu setengah mati haritu lagi. Tertangguh punya pasal view blog Cik Moon tengok dia dah buat dah entry pasal melepaskan sesuatu tu.Sambil jalan-jalan kat blog Cik Moon tu terjumpe pulak entry melepaskan sesuatu part 2 oleh Cik Syu Unnie. So aku decide untuk jadikan entry aku ni yang part 3. Hehe. Jangan di marah ye. (Ampun buk.Ampun.) hehee.

Bukan ape aku rase banyak yang diorang dah ulas mengikut cara dan situasi mereka kat blog diorang tu.So aku sambung la pasal melepaskan versi aku.Versiaku ok. Ini semuanya berkisar tentang aku hidup aku dan diri aku dan mungkin ade la siket kena mengena dengan beberapa individu yang aku anggapkan sebagai pelakon ekstra.

Orang selalu cakap lepaskanlah. Lupe kan je. Perkara lepas usah di kenang tapi bagi aku nak melepaskan sesuatu yang pernah jadi milik kita tu bukanlah sesuatu yang senang unless kalau kau dah hilang ingatan. Tu pun kadang-kadang mungkin datang jugak dalam bayangan atau pun mungkin mimpi cume kite tak dapat nak pastikan siapa, kenapa dan dimana. Aku memang tak pernah hilang ingatan dan mungkin ape yang aku cakap tu langsung tak berkait. Selalu tengok dalam drama macam tu lah. hehe.

*ok silaabaikanjikatakberkaitan.Sekian

“it is not easy that easy like saying sound”  

Sila abaikan kesalahan grammar pada ayat di atas jika ianya salah. Aku rase ayt tu macam salah siket grammar dia tapi saje tak nak betulkan sebab nak kasi nampak ianya adalah ori dan tidak di ubah. hehe. Yela bahan sejarah ni mane boleh ubah suke-suke hati. 

Ayat tu ade one person ni anta kat aku waktu form three dulu. Kalau translate ikut melayu ayat tu ape yang aku faham adalah nak lupekan sesuatu ni bukan lah sesenang bercakap. Bercakap memang la senang kan. Tak kena bayar pun. Cakap je la ape-ape pun bukan kena charge pun kan. Kalau salah cakap kena kutuk. Kalau ade yang TERASA boleh buat gaduh tu jela kan.

TAPI....

Kalau nak melepaskan sesuatu ni bukan lah sesenang itu. Tambah pulak kalau sesuatu ni pernah memberi makna dalam hidup kita suatu ketika dahulu. Saka yang orang bela tu pun kalau nak buang dia bukan senang. Ade step-step dia jugak. Kena ikut prosedur dia jugak. Bukan boleh main senang-senang buang macam tu. Kang salah buat makan diri sendiri pulak. Masuk bab saka pulak ye. hehee.

Abaikan bab saka. Tapi kalau ikut pandangan aku melepaskan ni tak la bermaksud melupakan terus. Melepaskan. Merelakan ia pergi. Mungkin untuk memberi ruang kepada sesuatu yang baru. Kadang-kadang ade benda yang kita rase serasi dan sesuai untuk kita tapi sebenarnya ianya bukanlah untuk kita. Orang kata selagi kita tak lepaskan ia pergi lebih kurang juga macam kita menutup ruang untuk sesuatu yang baru yang mungkin lebih elok dan lebih sesuai untuk kita.

Mungkin ianya susah. Seperti yang dah aku bebelkan kat atas tu tapi kalau ade kekuatan mungkin boleh. Pepatah pun ade kate hendak seribu daya tak nak seribu dalih. Kalau ade yang mendorong tak mustahil. Tapi kalau sorang-sorang tu memang susah siket. Sentiasa akan dibayangi dengan bayang-bayang masa lalu. Tapi semua tu atas diri sendiri. Nak atau tak jela.

Sekian.