20130626

The Impossible


Assalamualaikum...
Bismillahirrahmanirrahim...

The Impossible. Sesuatu yang tak mungkin. 

Apa yang tak mungkin ?

Sebenarnya dalm dunia dan hidup kita ni banyak benda yang tak mungkin. Antara kita tahu atau tak je. Tapi biasanya orang selalu cakap nothing is impossible dalam dunia serba maju ni. Ya betul memang aku tak nafikan tapi kita manusia bukan Yang Esa. Bukan semua benda kita mampu. 

THE IMPOSSIBLE...


The Impossible by Encik Google

Masih dengan the impossible. Last night aku tengok satu movie ni. Kire macam midnight movie la. Tengok sorang-sorang dalam bilik dengan lampu terpadam. The Impossible ni actually an English movie. I watch it with Spanish subtitle. Ambik dari adik. Ntah dari mane dia download pon tak tahu sampai dapat subtitle spanish tu. So memang susah sket nak faham ape yang dia ckp sebab movie ni a bit slow. Memang kena dengar betul-betul ape yang dia ckp sbb subtitle tak membantu langsung. haha.

Tapi...

Guesss what dalam aku tak berapa nak faham ape yang di cakap ni bayangkan tibe-tibe mata aku bocor. Ala-ala macam empangan pecah gitu. Boleh bayang tak. Nampak tak betapa sedih nya cerita tu. haha. Walaupun aku tengok gambar je tapi aku boleh feeling kot tengok cerita tu. Pada aku director cerita ni memang berjaya. Penulis skrip dia memang super walaupun cerita ni adalah adaptasi daripada kisah benar tapi pengolahan cerita dia tu bagus !!!

Carita ni berkisarkan tentang kisah TSUNAMI yang pernah masuk dalam sejarah dunia. Aku rasa semua orang tahu cerita pasal TSUNAMI tu. Tragedi ombak besar yang berlaku pada 25 Disember 2004 (mohon betulkan jika salah). Traagedi yang memberi kesan pada banyak pihak. Rase macam kiamat kecil pun ade tapi insaf nye tak. Tahun 2004. Waktu tu aku darjah 6. 

Cerita ni kalau tak silap aku release tahun 2010. Sekarang 2013. Kira macam dah lame jugak tapi pada aku tak lame sangat pun. Baru tiga tahun tapi baru famous sekarang. Kat Malaysia ni la. Kat hollywood mungkin dah lame. Tu pun sebab dia tayang kat astro first dengana astro best. Mula-mula aku tengok Bella tweet cakap dia menangis tengok cerita ni walaupun dah dua kali tengok. Dalam hati mak aih smpai 2 kali dia pergi wayang. Aku memang ingat cerita ni cerita baru kat wayang.

Yela diorang kan kaki wayang. Lepas tu tengok Rosmiza pulak tweet. Aku pun google tengok cerita ni release 2010. Bile balik rumah tengok dia tayang kat Astri first. Hurm patut la bella boleh tengok sampai dua kali. Main-main dalam laptop adik aku tengok ade. Ape lagi copy terus. Subtitle spanish pon spanish lah.

Secara ringkas yang aku faham dengan tengok gambar je cerita tu pasal satu keluarga ni. Sepasang suami isteri dengan tiga anaknya. Semua lelaki. Yang aku ingat yang paling besar tu name dia Lucas.Diorang sekeluarga pergi bercuti kat Thailand, salah satu kawasan yang turut terjejas dalam tragedi tsunami dulu. Kalau tak silap diorang pergi Phi Phi island. 

Di awal-awal tu memang mereka sekeluarga enjoy their holiday. Then One day ni di mana hari berlakunya tragedi tu, Si Ibu tengah baca buku kat tepi swimming pool. Si Ayah dan anak-anak tengah main air kt swimming pool tu. Lucas kat kolam yang lain. Dua adik dia tu dalam satu kolam dengan ayah dia.

Tiba-tiba helaian novel mak dia yang terkoyak tu kena tiup angin. Mak dia kejar then rasa keadaan macam lain macam. Angin dia lain macam sket. Si lucas tu pun aku rase dia macam rase jugak ape yang mak dia rase. TIba-tiba berlaku gegaran di ikuti dengan ombak besar menghanyutkan segala benda. Time ni la bermula kisah lucas dan mak dia. Hanyit dalam air yang deras. Lucas sorang- sorang menangis. Kalau aku pon nangis jugak. Badan dah luka-luka segala dah.

Waktu ombak pertama tu dia sempat berpaut kat tiang letrik. Time tu dia menangis je sambil jerit panggil mak dia. Mak dia pun sama jerit cari Lucas. Kat situ nampak kasih sayang seorang ibu. Time tu lucas nampak mak dia. Dia pergi kat kat mak dia. Sempai bergantung pada satu tilam. Tak sempat nak pegang tangan mak dia. terpisah kerana pokok ke ombak kedua mcam tu la.

Lepas tu dia hanyut. Badan mak dia tercucuk ranting kot waktu ombak ke dua tu. Lepas tu diorang jumpa kembali dan berpaut pada batang pokok kelapa kut. Aku banyak skip jugak sebab seram tengok luka-luka tu. Paling aku tak tahan tengok kaki mak dia yang terkoyak tu. Uish seriau. Dengan aku yang takut luka ni pulak. Bayang kan diorang jalan dalam lumpur dengan luka-luka semua. Darah dari kaki mak dia tu menitis nitis walaupun dalam lumpur still boleh nampak merahnya darah tu.

Sampai la ade orang jumpe dia bagi bantuan dan hantar dia pergi hospital. Aku ringkaskan je. Panjang sgt nak tulis. Waktu kat hospital tu la Lucas nampak kelibat ayah dia. Time nak kejar cari kelibat ayanh dia tu la adik dia nampak dia dan jerit panggil dia. Diorang berlari antara satu sama lain. Dah jumpe tu berpeluk-peluk bagai time tu jugak la adsik kecik dia datang dan lepas tu ayah dia pulak. Bersatu lah satu keluarga.


Sedih sangat aku rase time tu. Lepas tu mak dia kena operate and diorang naik flight pergi singapore sebelum balik negara diorang and tamat. Memang sedih sangat cerita tu. Tak rugi kalau tengok.



Trailer from En YouTube