20130606

Result !

Assalamualaikum...

Hari ni cukup seminggu aku tinggalkan Jengkalifornia. Dengan kate lain dah seminggu berlalu dari tarikh aku exam hari tu. Banyak benda yang aku dapat mase kat sane. Jumpe kawan baru. Lecturer baru. Rumate baru. Kenal tempat baru. Suasana baru dan macam-macam yang baru. Ade yang baik dan ade jugak yang tak baiknya. Adat la tu. Takkan semua nak baik kan.

Dah seronok-seronok habis belajar harus di ingat jugak ade bende yang belum selesai. Selagi tak tahu selagai tu tak selesai. Tak boleh jugak nak selesa-selesa sangat. Kot-kot kantoi mau meroyan tak ingat dunia.

RESULT!

muka bajet-bajet cuak sket


Mengikut kata mereka result akan keluar dua minggu selepas tarikh exam. Seminggu dah berlalu maka lagi seminggu saje lagi yang perlua aku tunggu untuk tahu keputusan yang mungkin menggembirakan dan mungkin akan mengecewakan. Keputusan ni adalah satu keputusan yang agak besar bagi aku kerana ini adalah penentuan untuk segala-galanya. Hidup mati aku tiga tahun semuanya bergantung pada yang ni.


"Ya Allah ya Tuhanku kau berikanlah satu keputusan yang elok yang boleh menggembirakan hati kedua ibubapaku."


Sebenarnya nak kata cuak tu tak la cuak sangat. Tapi bile pikir tu ade jugak risaunya tapi aku rase aku dah buat sehabis baik sedaya yang aku mampu tapi ade jugak sket yang aku tak jawab. Biase la tu. Cakap pasal result semua orang nak yang terbaik sama jugak macam aku. Nak yang terbaik dengan usaha la kan.

this is what i want

Semua orang mengidamkan result yang macam tu. Tak dapat A+ pun dapat A jadi la. Paling cikai pun dapat A- pun takpe. Aku harap tu result yang keluar nnti dengan hasil usaha nnti.

not just pass
Bukan nak demand tapi kalau boleh tak nak la setakat pass je. Ape-apepun aku bersyukur sangat kalau lulus. Jangan FAIL sudah. Haish mintak jauh la. Aku harap aku boleh Grad dengan gembira. Konvo on time sekali dengan membe-menbe yang lain =)