20130710

# Ramadhanku PART I



Ahlan wa sahlan ya Ramadhan.



Ramadhan. Aku rase semua orang menunggu kehadirannya dan mungkin ada yang tak sabar-sabar nak menjalani ibadah di bulan ramadhan ni. Tak terkecuali aku. Tak kurang jugak ade yang mungkin dah buat persiapan siket untuk raye. (eh ad eke ?) Di kesempatan ini aku pun nak buat jugak entry pasal Ramadhan dan aku agak blogger-blogger lain pun ramai jugak yang akan tulis entry pasal ramadhan.


Alhamdulillah masih di beri paluang bernafas lagi hingga ke hari ni. Sepanjang dah 21 tahun hidup di bumi pinjaman Allah ini 5 tahun daripada 21 tahun tu aku terpaksa  menjalani ibadah Ramadhan ni di tempat orang. Sempat beberapa hari je la berpuasa dengan keluarga tercinta di kampong halaman ni ha. Tu pun hari-hari yang last. InsyaAllah tahun ni aku akan dapat menjalani ibadah puasa 30 hari bersama keluarga andai masih dipanjangkan lagi umur untuk terus bernafas.


Entry ni sebenarnya nak cerita pasal pengalaman berpuasa di tempat orang tanpa keluarga disisi. Dengan kata lain waktu belajar dulu la. Tulis bajet macam belajar kat obersea aje padahal belajar dalam Negara ni je pun. Bukan jauh mane pun ha. Mungkin yang puasa dan raya kat obersea tu lagi syahdu agaknya. Jauh beribu-ribu batu dari keluarga sedangkan aku yang jauh sekangkang kera ni pun sembang syahdu habis. Hehee.


Ape-ape pun tak kisah la jauh ke dekat ke jarak dia tetap nak cerita jugak pengalaman puasa aku tu. Untuk dua tahun pertama tu aku berpuasa kat asrama. Mase tu tahun 2008 dengan 2009. Puasa tahun 2008 tu boleh di katakan Ramadhan pertama aku tak bersama keluarga. Sedih la jugak rase. Ye la budak tak biasa jauh dengan keluarga la katakana. Mula-mula tu memang rase lain sangat. Berbuka dengan kawan-kawan. Sahur hari pertama je pergi. Lain-lain main aci puasa je tak sahur. Tapi selalunya sebelum tidur tu aku akan makan kurma 2 3 biji.


SHAH PEKAN : Gambar curi dari pesbuk =)

Aku ingat lagi hari first puasa kat Shah Pekan dulu. Kat Shah Pekan tu kat asrama la. Lupe nak mention kat atas tadi. Malam tu kitorang budak-budak form 4 buat perjumpaan dengan semua junior tanpa form 5. Waktu tu form 5 semua kat bilik le. Study kot. Time ti memang bajet-bajet senior le gamaknya buat perjupaan dengan adik-adik. Haha. Tapi aku tak berapa involve sangat sebab aku baru lagi kat situ. Aku masuk skolah tu awal form 4. Sampai pagi jugak la perjumpaan tu. Macam-macam rahsia keluar. Time tu buat perjumpaan kat surau bawah tu. Main aci tidur je dalam surau tu ha. Kira tunggu sahur terus. Tu la cerita dia yang buatkan aku pergi sahur hari first tu.


Sebenarnya ade satu perkara lain lagi yang berlaku waktu hari first puasa tu. Sampai nak termuntah jugak la aku di buatnya tapi tak nak cerita lagi sebaba banyak lagi nak cerita. Hehee. Yang tu nanti cerita kat entry lain. Mungkin kalau rajin aku buat lagi entry lain lagi.


Waktu puasa kat asrama dulu setiap hari dia ade mini bazaar ramadhan kat depan masjid dalam sekolah tu. Kalau kat Shah Pekan dulu benda yang wajib di beli oleh setiap orang adalah pudding ape tah name dia. Yang ade kuah tu. Aku pun selalu beli benda tu walaupun sebenarnya makanan kat DM tu orang kate dah terlebih cukup dah pun. Ni la orang kate waktu bulan puasa ni kalau gulai bat upon mungkin orang beli. Macam-macam bende rase nak beli kalau time bulan puasa. Nafsu semua tu.


Waktu form 4 dulu selalu kalau outing pergi bazar ramadhan kat Pekan tu dengan Mimi, Pai and Beri. Pernah sekali tu kita share duit beli ikan bakar. Ayam golek. Ratah macam tu je. Mewah gila hidup time tu. Tak sedar diri tau nak membazir aje. Kalau kat rumah takde nak mewah-mewah macam tu. Dia jadi sedar diri siket. Tahu ape itu erti berjimat. Hehee. Ade lagi satu benda yang selalu buat time kat SHAH dulu ialah beli air yang dah siap bungkus tu lps tu balut dalam selimut sebab nak kekalkan kesejukan dia tu. hehehee.


Kenangan puasa dengan diorang tu memang best. Buka puasa sama-sama. Tarawih sama-sama walaupun kadang-kadang ade je aku ponteng tarawih. Heheee. Memang orang kate semua tu peluang sekali seumur hidup. Yela lps dah keluar dari SHAH tu mane ade nak jumpe diorang tu semua. Bukan tak nak jumpe tapi masa tak mengizinkan. Inikan nak buka puasa sama-sama macam dulu-dulu. Jumpe pun susah.


And sekarang ni kita berempat dah terpisah nun jauh merata-rata. hehe. Mimi la yang up siket dari yang lain. Dia dah fly ke Manchester. Kalau nak kate syahdu dia la yang paling syahdu sebab dia yang paling jauh. Salam perantauan orang kate. hehee. Rasenya tahun ni dia puasa kat Malaysia. Beri pulak kat USM Penang. Tahun ni tak pasti dia puasa kat mane. Pai pulak kat UTHM Batu pahat. Aku hurm baru balik ke kampung halaman dari ARAUSTRALIA ! hahaaaa


Time form 5 pulak lebih kurang same je jugak rasenya. Kalau kat Shah Pekan dulu ade satu makanan yang sangat fames iaitu puding raja. Kat Pekan tu memang femes benda tu. Macam kat Kelantan la. Kalau bulan puasa makanan femes dia adalah Akok, Jala Mas, Bunga Tanjung dan sewaktu dengannya. Macam mane rupe dia akok tu nanti cerita kat entry lain. Hehe. InsyaAllah kalau ade mase luang aku buat entry special. Hehe.


Dua tahun tu aku memang menghabiskan hampir keseluruhan Ramadhan dekat Shah Pekan. Ade satu yang macam best siket waktu kat SHAH dulu. Boleh kate setiap kali Ramadhan sekolah akan buat bubur lambuk. Hurm sebelum ni jujur aku cakap aku memang jarang makan bubur lambuk tu. Mak aku pun tak pernah buat benda alah tu. Since masuk SHAH la aku dapat merasa makan bende tu. Haha. Mungkin kedengaran agak jakun sedikit. Hikhik.


Banyak pengalaman best sebenarnya puasa dekat SHAH tu. Satu pengalaman yang memang tak dapat di beli di mana-mana. Suasa puasa dekat SHAH memang 360 lainnya dengan kat ARAU. InsyaAllah jika di beri keizinan dan kesempatan aku akan sambung lagi entry part II tentang pengalaman puasa dekat ARAU pulak. Sekian =)


Picture from : SBP gags



No comments:

Post a Comment