20150405

AWKWARD !

Hi,

Akan ada satu masa dalam hidup kau paling tak pun sekali atau mungkin banyak kali kau tiba-tiba rasa semua benda kau buat kau rasa tak kena. Perasaan kau rasa bercelaru. Kau tak tahu apa yang kau fikir. Fikiran kau melayang tak tahu kemana. Semua kau rasa lain.

Pada waktu tu jugak kau rasa semua orang di sekeliling kau macam tak wujud. Orang kata sunyi dalam ramai. Kau rasa macam kau buat salah dengan semua orang. Kau rasa semua benda macam kosong. Macam semua benda tak kena.

Dan hakikatnya itulah yang aku sedang lalui dan alami sekarang. Semua benda aku rasa awkward. Pelik je semua benda. Dan dengan tiba-tiba tu jugaklah aku macam rasa malas nak bercakap sedangkan bercakap tu dah macam hobi aku.

Entah la. Aku pun tak dapat nak huraikan apa yang sedang berlaku. Malam semalam aku dah deactive fb kerana aku rasa hari-hari aku setiap hari banyak habis kat situ. Macam separuh dari hidup aku habis dekat fb je. Ape ade kat fb tu pun aku tak tahu.

So sekarang ni yang tinggal hanyalah (macam lagu adira pulak. tiba-tiba lagu tu terngiang-ngiang kat telinga. hahaaa) twitter dengan Instagram. Mungkin ada baik jugak aku deactive sekejap FB tu. Orang kata buat silent treatment sekejap. Treatment ape benda pun aku tak tau.

Honestly aku cakap hari ni hari yang sangat teruk buat aku sebab semua benda aku tak dapat nak fokus dan bukanlah kerana aku selsema. Maybe sebab sekarang ni pun aku tengah lapar kot. Mungkin after lunch aku jadi ok kot.

Kot la.

No comments:

Post a Comment