20150327

Getting Married !

Tajuk tu kalau tak kasi kontroversi memang tak boleh kan. Hahaa.

No, I am not getting married yet and tak ade lagi perancangan untuk itu. Soon but not sure when and yang pastinya bukan dalam masa terdekat la! Aku just nak buat entry pasal kawen je tak releven dengan sape-sape pun. I just want to write my opinion and thought about this topic only. Itu sahaja.

Ok back to the story. Sejak akhir-akhir ni macam hot pulak topik kawen ni kan and ramai jugak yang dah melangsungkan perkahwinan. Tahniah buat anda !. Di tambah pulak dengan isu GST yang nak start beberapa hari ni kan and banyak jugak aku tengok orang yang kaitkan GST dengan kawin ni.

Aku tak kata kaitan  itu tak releven dan jauh sekali aku menyokong GST tu. Mungkin dengan terlaksana nya GST ni kos untuk kawin akan meningkat lah sedikit tapi pada pandangan aku semua tu bergantung pada diri sendiri. Bergantung pada individu tersebut.

Kawin ni mudah sebenarnya bagi aku la. Yang susahnya bila kau tak mampu tapi nak majlis yang grand grand tu semua. Untuk realisasikan impian kau buat loan dan lepas tu kau salahkan GST. Memang la orang cakap kawin ni sekali seumur hidup. Yang dua kali or mungkin tiga kali tu kita masuk kes terpencil. So sebabkan sekali seumur hidup mesti nak buat yang terbaik. Semua orang pun nak yang terbaik.

Benda tu tak salah tapi biar berpada. Biar kena dengan kemampuan dan bajet. Yang nak pegi ikut adat tu dah kenapa sampai nak hantaran beribu riban, hantaran berdulang-dulang tu semua adat sahaja yang pada aku tak perlu pun.Persetankan lah mulut orang. Ape kisah. Kita yang kawin.

Sape kata bajet siket tak boleh buat majlis yang meriah. My sister kawin hari tu mak cakap total semua habis dekat 7k je. Tu semua termasuk pelamin, khemah, set bilik tidur, lauk kenduri, make up, kad kawin, doorgift and semua lah. Yang aku tahu ramai jugak la sedara mara yang mak jemput.

Islam ni sebenarnya mudah. Kita yang jadikan dia susah. Kalau kita berpegang pada ajaran yang di gariskan dalam Islam maka kita tak de lah nak rasa terbeban bila nak kawin. Ikut saja apa yang wajib yang di tetapkan dalam Islam maka bahagia lah hidup.

Orang mungkin cakap ah aku tak kawin lagi boleh la cakap besar tapi serius aku cakap aku jenis yang simple and aku tak kisah pun kalau takde hantaran beribu riban plus barang hantaran berdulang-dulang tu semua.

Ok bai. Nak g zumba pulak.

No comments:

Post a Comment