20130603

Aturan hidup.



Dalam hidup ni kita kadang2 selalu nak menyalah kan takdir tak terkecuali aku. Sering kali mempersoalkan setiap benda yang berlaku. Ade je yg tak kena dengan ape yang terjadi sedangkan ape yang berlaku tu penuh dengan hikmahnya. Kita seringkali tak sedar bahawa percaturan Allah tu sebenarnya sangatlah perfect.

Kita selalu rase ape yang kita aturkan tu sangatlah sempurna tanpa menyedari bahawa ape yang dah Allah aturkan tu sangatlah sempurna dah. Bila tak tercapai ape yang dah di aturkan mesti kita akan mula merungut, menyalahkan takdir dan sewaktu dengannya begitu juga aku. Memang tak terkecuali daripada berbuat begitu.

Contoh yg mudah. Sebelum tidur dah niat siap2. Ok nk tidur dulu lah. Tidur awal sket nnti nak bangun awal2 pagi. Pukul 4 @ 5. Nak stay up. Kononnya la. Dah lena siap mimpi2 bagai tiba2 terjaga, tengok jam baru pukul 2. "Ah awal lagi ni. Tido dulu lah " Dalam hati. Tup2 tak terbangun dah lps tu. Ntah2 subuh pon kelaut.  Aku agak ramai yang pernah jadi mcm tu termasuklah aku tidak terkecuali.

Pernah tak sebelum tidur kita niat, ok malam ni nk bangun sembahyang tahajud. Kononnya la kan. Perasan tak mesti kita akan tersedar jugak walaupun tak buat alarm sekalipun. Antara bangun ke  tak jela. Kalau aku selalu mcm tu. Sesungguhnya Allah tu maha mendengar. Dia sentiasa ada dengan kita cuma kita je yang tak selalu ada untuknya. Setiap perkara baik ynag kita niatkan tu pasti Allah akan bantu bukti nya mcm aku ckp tadi Allah sedarkan kita daripada tidur. Tapi tu la antara bangun ke tak tu bergantung pada diri sendiri jugak.

Sesungguhnya setiap perkara ynag baik yang kita nak buat tu ada pahala terselit bersamanya. Niat pon dh dapat pahala tapi niat saje tak guna. Macam aku ni ha, banyak dok niat nak buat tu buat ni tapi buat nye idok. Pastu bile tak jadi mula la nk merungut salahkan tu la ni la. Macam macam.

Kalau difikirkan betapa banyaknya aku merungut setiap hari. Betapa aku tak bersyukurnya dengan setiap ketentuan Allah. Kononnya hidup boleh bahagia dengan perancangan sendiri. Ikut hati bnyak benda nak luah tapi tak mampu di luah melalui kata2 mahupun tulisan. Hanya mampu terlakar dihati.


Mohon perbetulkan andai tersalah tulis. Sekian =)